Monday, November 30, 2009

ROAD TO MAT DALING - PART II


Perjalanan diteruskan. Bersama Miorov Mehmert Yaminov, wakil S.U.Z.I. dari Rusia rasanya... selaku juruvideo. Sebenarnya kami banyak merakamkan video-video clip di sepanjang perjalanan yang mencabar itu.

"Perjalanan hidup ini, yang mencabar...
Menguji segala kekuatan...
Oh, dalam kembara yang penuh debar...
Ku berpegang jalanMu oh Tuhan..."

Memang kami mengharapkan hujan turun di sepanjang perjalanan bagi meningkatkan lagi cabaran melalui trek ke Mat Daling.


Ha... Tu dia Miorov menunjukkan muka. Sempat lagi berposing sambil merakamkan video clip.











Namun, hebat lagi kawan kita yang seorang ni. Dalam gegaran tertonggeng-monggeng bak berada dalam Roller Coaster terputus brek, kawan kita ni lena beradu dalam khayalan...Bukan calang-calang orang boleh tidur nyenyak dalam suasana sebegitu. Boleh masuk Guiness World Record rasanya... Ntah-ntah dah masuk pun..


Memang kami melalui jalan-jalan yang sukar. Dan aku pun mengalami waktu-waktu sukar merakamkan foto. Terpeleot sana-sini.



Dengar khabor Tn Aji yang memandu Fortuna putih itu. Amboi, macam lipas kudung. Laju sekali.












Dan aku pun terus berhempas-pulas merakamkan gambar-gambar dan klip video sebanyak boleh. Susah weh.. Terhantuk-hantuk kepala aku ke bumbung dan tingkap kenderaan. Namun, semangat yang berkobar itu mendorong aku untuk terus merakam dan merakam. Banyak yang tak jadi dari yang jadi. He he he..

Penat bercampur mengantuk ditambah kepala terhantuk menyebabkan aku makin lama makin tak bermaya nak terus mengambil gambar. Macam bateri kamera aku gak, makin lama makin weak. Takpa pakar video dari Rusia tu ada.
Sempat juga aku rakam detik-detik di mana kenderaan kami terbenam dalam lumpur untuk tatapan semua. Lagi banyak kawasan yang susah dilalui lagi seronok. Menguji tahap kecekapan dan ketabahan pemandu.





Aku rasa pada waktu ni ramai yang dah tangkap lentok dalam 4WD memasing, tu sebab mereka dah tak kuasa nak berposing maut lagi.


Cuma pemamdu je yang tetap kena beliakkan mata. Kalau tak, tak sampai le ke destinasi.


Perjalanan kami ke Mat Daling mengingatkan aku kepada cerita-cerita kat TV yang memaparkan pakar-pakar kajipurba atau kajihayat atau pakar apa pun la.... yang menjelajah kawasan-kawasan pedalaman untuk membuat kajian.

Macam filem Tarzan pun ada. Macam filem Mummy pun ada....
Memang best! Kalau tak percaya, pergi sendiri dan alaminya. Macamana nak pergi? Contact aja Middle Earth... Buat rombongan Cik Kiah ke Mat Daling. Happening you...




Kawan aku kata aku tertidur banyak kali gak. Aku rasa mungkin terlelap atau tidur-tidur ayam je. Seingat aku, aku tak tertidur pun. Tapi bila aku tengok balik gambar-gambar yang aku ambik, memang sah le aku tertidur...









Kami tiba di Mat Daling pada jam 7.30 pagi. Mata aku sekabur foto ini. Suasana pagi begitu indah di Mat Daling. Penuh dengan kabus. Aku tak melepaskan peluang untuk merakamkan suasana pagi... Tapi tu la.... mata aku tengah kelabu waktu tu... se kelabu foto ini.








Eh, bukan senang nak amik gambar macam ni.















Kami tiba jua di Mat Daling. Walaupun rasa mengantuk dan letih yang amat sangat, kami sempat juga merakamkan gambar kenangan sepertimana biasa. Pemandangan pagi di kawasan chalet memang sangat cantik. Dengan hawanya yang dingin, udaranya dipenuhi kabus, persekitaran chalet yang unik, terasa seolah-olah kami bukan berada di Malaysia. Macam kat kawasan ladang di Amerika Syarikat le... Hish gelak pulak...


Dan, mana bisa aku lupakan wajah-wajah macho yang membawa kami ke Mat Daling. Aku lupa nama-nama mereka. Cuma ingat yang paling bulat tu, Joey rasanya. Yang baju biru tu Amer. Alamak sori la bro, gue n'gak ngafal nama-nama loe...
Pagi itu kami bersarapan ringkas. Hot Dog. Hmmm.... sedap sebab tengah lapar. Bukan Middle Earth yang masak Hot Dog tu. Mek Dono, sepupu McDonald yang buat kot. Aku pun udah ngantuk banget tika itu, mana bisa ku ingatin....
Dan kami semua pun beristirahat semahunya.....
Belum.... Belum habis lagi mah.... Ada lagi
Pengembaraan ini diteruskan lagi.... Tungguuuu..... 



Monday, November 9, 2009

ROAD TO MAT DALING - PART I

Malam itu kami tiba di Middle Earth agak lewat. Sepatutnya sampai pada jam 9.00 malam tapi telah tersasar ke jam 11.00 malam kalau tak silap. Layan perut dulu sesampai saja di situ. Hidangan kat situ walaupun simple, sedap mewah weh. Kalau boleh nak sental habis-habisan tapi kena beringat gak. Nanti sementara nak sampai Mat Daling, kalau perut meragam cam mana? Bukannya ada R&R untuk kita gi melabur kan?
Posing tu memang merupakan agenda tetap di mana-mana perhentian. Aku nak shoot gambar tingkap tu, tapi mamat berdua yang tak kurang hensemnya ni tetiba interframe. Nasib baik sama tara hensemnya ngan aku, kalau tidak harus aku tampal muka Brad Pitt ke atau  Brake Pad ke...
Tak puas kat dalam, kat luar pun jadi. Ni masa tengah segar bugar dan baju belum comot, belum serebeh, elok beraksi dulu depan kamera. Nanti kalau dah lodoh, payah gak nak touch up dalam hutan.

Kami memulakan pemacuan ke Mat Daling pada kira-kira jam 12.30 malam rasanya. Fauzi, pemandu 4WD kami kelihatan cool aja. Ala apa nak risau, kalau tersangkut dalam lumpur, ada pakar akan tarik keluar 4WD kami. He he. Menurut En Wan dari Middle Earth, kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang pergi ke Mat Daling pada waktu malam. Sebelum ini, kumpulan-kumpulan lain pergi pada waktu siang. Pada waktu malam, thrillnya lebih. Disulami rasa seram sejuk gitu.

Adui! Berdengung jugak duduk kat dalam 4WD.... Bukan mudah nak amik gambar pada masa 4WD sedang bergerak. Hanya fotografer secekap wakil S.U.Z.I. je yang boleh ambil gambar masa kenderaan tengah bergerak. Foto ini menggambarkan gegaran yang dialami oleh kami yang berada dalam 4WD tersebut.
Di awal perjalanan kami ke Mat Daling, kami diberikan tips-tips atau petua-petua mengendalikan pacuan 4 roda. Macam gak zaman dulu-dulu bila kita nak menunggang kuda atau gajah, ada la petua-petua yang perlu diikuti. Maklumlah, kita tidak tahu apa yang menanti di sepanjang perjalanan.
Kita bercakap tentang petua-petua mengendalikan atau cara memandu 4WD di kawasan-kawasan yang sukar. Hish! Mana ada cakap pasal petua-petua perihal pantang-larang takut disampuk Nyae Blorong atau Siluman Tengkorak Bolong....
Tekun, kami mendengar dan mendapatkan tunjuk-ajar dari sifu-sifu yang berpengalaman.
Tak percaya? Tengok tu, Tuan Haji (baju merah) sedang terpikir-pikir camana nak buat drift nanti. Fauzi di sebelahnya biasa lah menten cool macho tapi sebenarnya gementar gak tu. BJ (baju hitam) tengah cari akal untuk cari alasan tak nak drive.

Kan aku dah habaq, kat memana perhentian pun posing maut tidak diabaikan. Berlatar belakangkan suasana suram seram suam-suam kuku, sempat juga jelitawan kita mengabadikan potret mereka. Mahal tu weh, bukan senang nak sampai ke situ. Sempat gak depa MMS kat kawan...

 
Pose ini lagi mahal. Dengan gaya santai ala-Pro gitu. Ni real experience, bukan kat dalam Studio tau.


And of course... wakil S.U.Z.I. kita.


Alamak! Baru aja mereka berdua nak beraksi depan lensa, tetiba aja udah penuh kiri, kanan, depan dan belakang.... dengan model-model iringan. Kalau baca buku Biologi tentang Perlakuan Haiwan, ibarat macam kelkatu le, pantang nampak cahaya lampu, terus datang menghurung. Model-model yang berpotensi pun macam tu, asal nampak aja kerlipan flash kamera, secara spontan mereka datang menceria-cantikkan suasana.

Rasanya model-model Tyra Bank pun tak tertanding dengan kehebatan model-model kita. Semua pun natural talent... Boleh menyebabkan berendam air mata le Tyra Bank... He he..

Mana ada stop kat sini.... Mat Daling jauh lagi. Kalau ikut bahasa sastera, ada le sepenanak ketupat lagi. Nak tau apa yang berlaku seterusnya? Teruskan bersama kami. 

Monday, November 2, 2009

BERJUMPA LAGI DI MIDDLE EARTH

Seronok, memanglah seronok. Tidak ku sangka dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan di Middle Earth. Rasanya masih baru lagi kami menjengah mereka semasa trip ke Lost Waterfall. Bukanlah menganggap kata-kata Tuan Haji tempohari sebagai omongan kosong. Kami semua tahu kalau Tuan Haji ada menyebut untuk ke mana-mana, bak Sang Kelembai, masin mulut beliau, insya Allah kami tentu ke situ. Dan aku masing ingat semasa sebelum berangkat pulang ke Ipoh dari trip ke Lost Waterfall, dalam ucapan penutupnya Tuan Haji ada menyatakan hasrat untuk ke Mat Daling... Tunggu musim yang seswai gitu.

Nah! Tanpa segan silunya kami beraksi lagi. Kali ini, ke Mat Daling.


Seperti biasa, kami berkumpul di hadapan Bangunan Seri Kinta. Macam biasa juga, janji bertolak jam 3.00 petang, akan terlajak hingga jam 4.30 petang. Apa tidaknya, ada 4WD yang hanya siap servis beberapa minit sebelum bertolak. Nasiblah kalau ia barai di tengah jalan. Namun dengan semangat juang yang tinggi, kami pergi juga. Relaks ah... Tak brutal ler kalau tak ada masalah yang meningkatkan kadar hiruk-pikuk seperte-eto...
















Kan, dah kata.... 4WD yang kami naiki ada yang tak kena dengan aircond nya. Aku pun kurang periksa apa yang tidak kena. Mujur ada Fauzi yang cekap dalam hal-hal menggerodek injin atau apa-apa yang seumpamanya. Janji kami sampai ke destinasi. Setakat aircond problem tu, no hal. Bila lagi nak warm up kan?

Kami tiba kat simpang itu (aku pun tak pasti kat mana tapi kalau nak tahu secara tepatnya tengok aja foto tu... Ha.. kat warung tu la) hari dah nak senja. Nak terburu-buru pun bokper kan. Tak lari Mat Daling tu... So, mengenyangkan perut adalah aktiviti yang mana-mana pakar motivasi akan syorkan untuk dilakukan. Ye lah, dah perut lapar... Makan aja ler. Berborak macam nak rak, makanan tak sampai-sampai. Rupa-rupanya semi-selfservice sebab waiter/waitress tak dok. Dalam kata lain, nak cepat amik sendiri ler.. He he he..

Dan perjalanan selepas itu aku rakamkan video clipnya sahaja. Bukan apa, dalam 4WD letih  lah nak amik still photo... Goyang tahap babun. Dan perjalanan selepas itu juga sungguh menggeramkan jiwa yang tenteram. Selepas turun dari Genting Highlands, bersusun-susun kenderaan macam ada kemalangan ngeri lagi dahsyat kat depan sana. Lenguh gak memacu 4WD dengan lambatan supersiput. Fauzi dah nak buat drift dah, tapi takut gak kalau kat depan sana ada rob-block.

Ek-eleh... Nak tahu apa? Orang tengah buat jalan. Waktu tu le pun nak buat jalan. Ni yang Siti Nurhaliza malas balik kampung ni. Dah jalan ditutup separuh, jadi macam kentut tak lepas ler.... Memang lama gak kami tersangkut kat situ. Kalau masak ketupat tu, boleh siap dihidang le jugerk dengan kuah kacang mahupun Rendang Tok. Tapi kan, kami cuma ada bawa lemang je, sorang sebatang.


Apa? Mat Daling? Sabor le weh... Belum sampai part tu lagi. Tungguuuu...

Monday, October 26, 2009

MAT DALING - NIGHT SAFARI WITH S.U.Z.I.!!!!


Sampai lagi kami ke Middle Earth untuk pengembaraan seterusnya bersama Jabatan Alam Sekitar Perak.... Kali ini kami menyahut cabaran 4X4 menyelusuri laluan off-road dengan 4WD di tengahmalam ke Mat Daling...
Ingin bersama kami? Tungguuu.....